fbpx

Syamsul nak kahwin lagi? Yusof Haslam kunci mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSOF HASLAM enggan mengulas lanjut khabar angin yang mendakwa, anaknya Syamsul bakal berkahwin lagi.

PETALING JAYA- Penerbit filem tersohor, Datuk Yusof Haslam enggan campur tangan berhubung spekulasi mendakwa anaknya, Syamsul bakal menikah lagi.

Tidak mahu mengulas lanjut, Yusof, 68, bahkan mengunci mulut saat ditebak tentang restunya sebagai seorang bapa jika perkahwinan tersebut benar-benar terjadi.

“Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terlibat.

“Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” ujarnya sebentar tadi.

Disoal adakah kesemua pihak yang terlibat perlu bersemuka untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga anaknya, pemilik Skop Production itu bertegas, Syamsul sendiri yang seharus mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah berkenaan.

“Soal ini Syamsul yang perlu jawab, tiada keperluan untuk saya bertemu dengan pihak sana,” kata Yusof.

Dalam pada itu Yusof juga berharap anak sulungnya kuat menempuh kontroversi terbaharu ini kerana isu peribadi adalah masalah biasa buat selebriti.

“Buat Syamsul saya harap dia kuat semangat dan jangan patah harapan. Terus berani berjuang dan jangan takut dengan masalah,” ujarnya.

Khabar angin perancangan perkahwinan Syamsul tercetus apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang dramatis veteran.

Biarpun tidak menulis nama, namun difahamkan gosip tersebut merujuk kepada Syamsul yang ketika ini berdepan gelora bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana ekoran kehadiran orang ketiga.

Terdahulu, Yusof menjadi tumpuan apabila hadir ke majlis pratonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul yang dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Yayan Ruhian dan Johan As’ari. Syamsul sendiri tidak hadir ke acara berkenaan.

Filem terbitan Studio Kembara tersebut bakal memasuki pawagam tanah air bermula 23 Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI