fbpx

Kumpulan kanak-kanak bermain, baring di tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua daripada kanak-kanak itu dilihat berbaring serta menari di tengah jalan. – Instagram @viralpekanbaru

JAKARTA – Sebuah klip video yang tular di media sosial Indonesia  memaparkan aksi sekumpulan kanak-kanak  bermain di tengah jalan raya sehingga ada yang berbaring di atas jalan, lapor laman berita Kompas hari ini.

Berdasarkan hantaran di akaun Instagram @viralpekanbaru, kumpulan kanak-kanak tersebut dilihat bermain di atas sebatang jambatan di Pekanbaru dalam wilayah Riau, pada waktu malam.

Dua daripada mereka berbaring serta menari di tengah jalan. Kenderaan yang lalu lalang didengari membunyikan hon bagi memberi amaran, namun tidak dihiraukan mereka.

“Mungkin mendapat inspirasi daripada trend tular yang memaparkan kumpulan remaja melompat di hadapan lori, namun akhirnya meninggal dunia (dirempuh lori),” demikian menurut keterangan pada hantaran tersebut.

Aksi mereka turut mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan. Ketua Unit Trafik Polis Pekanbaru, Komisioner Polis Angga Wahyu Prihantoro berkata, pihaknya akan meningkatkan rondaan  di kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI