fbpx

Aaron-Wooi Yik lepasi halangan pertama Terbuka Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON-WOOI YIK dijangka berdepan gandingan dari Perancis, Popov-Junior Popov pada pusingan kedua Terbuka Indonesia.

BEREGU lelaki No.1 negara, Aa­ron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa bermandi peluh sebelum mencatat kemenangan 21-18, 11-21, 21-11 ke atas beregu veteran Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia semalam.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta itu, kedua-dua pasukan menyajikan permainan cukup menarik apabila saling berbalas serangan sehingga ke set penentuan.

Bagaimanapun, Wooi Yik tanpa berselindung mengakui permainan mereka masih belum berada pada tahap terbaik jika dibandingkan ketika beraksi dalam kejohanan Indonesia Masters minggu lalu.

“Berhubung kemenangan pada hari ini (semalam), saya rasa kami semakin mendapat rentak permainan sebenar walaupun ada banyak kesilapan mudah dilakukan ketika set pertama dan kedua.

“Kalau diikutkan, permainan kami pada Indonesia Masters sebelum ini lebih yakin. Oleh itu, kami masih lagi dalam fasa mencari rentak dalam Terbuka Indonesia kali ini,” katanya selepas tamat perlawanan.

Menjelang aksi pusingan ke­dua yang dijadualkan berlangsung hari ini, beregu No.7 dunia itu dijangka berdepan gandingan dari Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov.

“Bagi aksi pusingan kedua esok (hari ini), kami ada peluang untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

“Apa yang penting adalah kami perlu elakkan daripada melakukan kesilapan-kesilapan mudah,” ujar Wooi Yik.

Sebagai rekod, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menampilkan aksi terbaik pada Indonesia Masters lalu apabila melayakkan diri ke pu­singan suku akhir sebelum tewas gara-gara Wooi Yik mengalami keracunan makanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI