fbpx

Tok Ti ahli, rakan strategik RichWorks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NURHALIZA (dua dari kanan) menjadi ahli dan rakan niaga strategik yang pertama bagi TTP RichWorks diperhatikan Azizan (dua dari kiri) selepas menandatangani watikah di Langkawi semalam.

LANGKAWI – Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menjadi ahli dan rakan niaga strategik yang pertama bagi Titanium Premier – Partner (TPP) RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) di bawah bimbingan mentor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Beliau yang juga pengasas produk kosmetik, penjagaan kulit dan wangian, SimplySiti Sdn. Bhd. menandatangani watikah keahlian dalam majlis khas di sini semalam.

Menurut penyanyi nombor satu negara yang lebih mesra di­sapa Tok Ti, beliau memilih RichWorks dengan menyertai TPP untuk mempertingkatkan ilmu dalam perniagaannya.

“Bagi bidang hiburan, saya sudah biasa dan ia sudah jadi seperti makanan saya tetapi dalam dunia perniagaan, saya akui masih kurang ilmu,” kata­nya pada sidang akhbar di majlis tersebut di sini semalam.

RichWorks diwakili Ketua Pegawai Operasi, Suley Nordyana Yahya, manakala Siti Nurhaliza mewakili SimplySiti menandatangani persetujuan usaha sama rakan niaga dan penerimaan rasmi dibimbing sebagai TPP sambil disaksikan Azizan.

Lebih 60 usahawan jutawan ahli Titanium Premier hadir pada majlis tersebut.

Selain Siti Nurhaliza, pengasas Sabella, Siti Fatimah Abd. Samad dan Mohd. Sufian Sulaiman turut bersetuju menjadi ahli dan rakan niaga strategik TPP.

Katanya lagi, beliau mahu mengukuhkan lagi perniagaan tersebut termasuk meningkatkan pasaran produk bukan sahaja di Malaysia, malah Indonesia dan negara Timur Tengah.

“SimplyCity sebelum ini telah menembusi pasaran Indonesia, namun selepas itu kita terpaksa berdepan cabaran susulan pandemik Covid-19.

“Saya sedar kita perlu terus bersemangat dan meneruskan perniagaan ini kerana kita perlu hidup dengan Covid-19.

“Saya pilih RichWorks kerana saya lihat ramai usahawan dan usahawan jutawan berjaya hasil didikan Dr. Azizan,” jelasnya.

Sementara itu, menurut Azizan yang merupakan pengasas RichWorks, penyanyi itu dilihat berpotensi besar untuk pergi le­bih jauh dengan bimbingan secara lebih dekat.

“Kami akan bantu untuk mendigitalisasikan strategi pemasaran dan tingkatkan pasaran SimplyCity bukan sahaja di Malaysia tetapi di Indonesia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI