fbpx

MDEC buka pendaftaran Geran Kandungan Digital 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa.

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka permohonan bagi Geran Kandungan Digital 2022 bermula semalam hingga 29 Julai depan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau meminta penggiat industri kreatif tempatan supaya merebut peluang mendapatkan geran itu yang menawarkan sehingga RM50,000.

Beliau berkata, mereka yang berminat boleh melayari https://mdec.my/dcgprisma2022 untuk maklumat lanjut untuk proses pendaftaran

“Geran yang diperkenalkan sejak tahun lalu itu bertujuan menggalakkan kesinambungan serta kemapanan pengamal industri kreatif negara selaras dengan norma baharu berikutan pandemik Covid-19.

“Saya melihat Geran Kandungan Digital 2022 ini penting dalam membantu pencipta kandungan digital merealisasikan idea mereka ke dalam bentuk produk sedia untuk dipasarkan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, MDEC bukan sahaja menyediakan akses kepada pembiayaan malah membantu mereka dalam penghasilan kandungan digital yang boleh dipasarkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI