fbpx

Agong zahir ucapan tahniah buat Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan tahniah yang dimuat naik di laman Facebook Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada skuad bola sepak kebangsaan dan barisan kejurulatihan atas kejayaan mara secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyokong atas sokongan padu yang telah diberikan kepada skuad kebangsaan dalam perjuangan mengakhiri penantian selama 42 tahun.

Pada masa sama, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga pencapaian itu menjadi suntikan semangat buat skuad kebangsaan untuk lebih bekerja keras untuk mencapai hasil yang terbaik di kejohanan Piala Asia 2023 kelak.

“Baginda mendoakan semoga skuad kebangsaan memperoleh kejayaan dan melakarkan sejarah baru di kejohanan tersebut.

“Tahniah dan teruskan perjuangan di kejohanan Piala Asia 2023!,”katanya di laman Facebook hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI