fbpx

Rumah retak: Pertemuan khas diadakan minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gunaraj menunjukkan antara kesan retak rumah itu.

KLANG – Satu pertemuan khas akan diadakan bagi membincangkan isu tular sebuah kediaman yang mengalami kerosakan dan retak di Taman Klang Jaya di sini, akibat pengubahsuaian rumah jirannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr. Gunaraj George berkata, pertemuan antara kedua-dua pemilik rumah dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu dijadualkan dalam tempoh terdekat.

Katanya, isu berkenaan timbul sejak 2012 sehingga mengakibatkan kerosakan terutama di ruang tamu dan dua bilik rumah tersebut.

“Banyak perbincangan dibuat antara kedua-dua pihak namun tiada jalan penyelesaian sehingga menyebabkan pemiliknya terpaksa berpindah sejak 2020.

“Justeru, kita akan mengatur pertemuan antara semua pihak termasuk MPK bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan isu itu pada minggu ini,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kerosakan rumah itu bersama wakil Jabatan Bangunan MPK petang tadi.

Kosmo! Online pada Jumaat lalu melaporkan MPK meminta seorang individu membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai dakwaan wujud unsur rasuah bagi pengubahsuaian sebuah rumah di daerah ini.

Jelas Gunaraj, beliau akan turut membawa perkara itu kepada perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sekiranya masih tiada jalan penyelesaian dicapai. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI