fbpx
Ordinan itu diluluskan bagi menggalakkan kesetiaan berterusan antara pasangan suami isteri serta perasaan menghormati kesucian sesebuah ikrar perkahwinan. – Unsplash

Perkahwinan lebih 50 tahun layak terima ganjaran RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA – Sebuah bandar di wilayah Mindanao, Filipina, meluluskan ordinan tempatan yang memberi ganjaran wang tunai berjumlah 50,000 peso (RM4,146) kepada pasangan yang berkahwin melebihi tempoh 50 tahun, lapor portal berita Coconuts.

Majlis Perbandaran Malaybalay  meluluskan Ordinan Ulang Tahun Perkahwinan Emas bagi menggalakkan kesetiaan berterusan antara pasangan suami isteri serta perasaan menghormati kesucian ikrar perkahwinan.

“Ordinan ini merupakan pengiktirafan terhadap (pasangan berkahwin) bagi sumbangan mereka kepada masyarakat. Keluarga yang teguh berdiri merupakan asas bagi masyarakat kita,” kata Ahli Majlis Perbandaran, Niko Aldeguer di akaun  Facebook miliknya.

Di bawah ordinan tersebut, hanya pasangan suami isteri atau salah seorang daripada mereka yang menetap di bandar Malaybalay selama sekurang-kurangnya enam tahun layak untuk menerima insentif wang tunai itu.

Bagi perkahwinan poligami pula, hanya perkahwinan pertama yang berdaftar layak untuk menerima sumbangan itu. – Agensi

POPULAR