fbpx

Mohd. Hasni dilantik Ketua Polis Daerah Muallim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Hasni (dua dari kiri) menerima tugas sebagai Ketua Polis Daerah Muallim daripada Kidam Kumat (kanan) dengan disaksikan Datuk Mior Faridalathrash Wahid (dua dari kanan) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

IPOH – Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir secara rasmi menggalas tugas sebagai Ketua Polis Daerah Muallim yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Mohd. Hasni, 40, sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Beliau menggantikan Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman yang bertukar ke Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dengan menggalas tugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (Perisikan/Siasatan Khas) Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas.

Penyerahan tugas itu dilakukan antara Mohd. Hasni dengan Asisten Superintenden Kidam Kumat.

Majlis Serah Terima Tugas itu disaksikan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI