fbpx

Lelaki dikecam hasilkan kandungan video beri wang palsu kepada pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perakam video tersebut memberikan wang kertas palsu kepada para pekerja pembersihan. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video di Indonesia menerima kecaman netizen kerana memaparkan perbuatan seorang lelaki  memberikan wang kertas palsu kepada beberapa pekerja pembersihan demi menghasilkan kandungan di laman sosial, lapor laman berita Suara.com.

Dalam rakaman video yang tular itu, seorang lelaki dilihat memegang wang kertas palsu dengan nilai 100,000 rupiah (RM30.05) dan 50,000 rupiah (RM15.03) sebelum menghampiri sekumpulan pekerja yang sedang membersihkan sampah.

Perakam video berkenaan menghampiri mereka lalu bertanya mengenai bayaran yang kebiasaannya diterima untuk pekerjaan tersebut.

Selepas berbual seketika, dia menyerahkan wang kertas palsu kepada mereka lalu disambut dengan senyuman dan rasa gembira oleh  pekerja-pekerja tersebut.

Mereka turut mendoakan agar rezeki perakam video  diluaskan sebelum dia beredar.

Individu berkenaan kemudian meneruskan rakaman dari jarak jauh. Kumpulan pekerja tersebut yang baru menyedari  mereka menerima wang palsu kelihatan kecewa dan melempar kertas tersebut kerana menyedari mereka telah ditipu.

Turut kedengaran adalah suara perakam video  sedang mentertawakan mereka.

Video itu menerima kecaman netizen dengan ramai  menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan.

“Jika tidak mampu membuat orang lain gembira, sekurang-kurangnya jangan buat orang lain kecewa,” kata seorang pengguna media sosial.

“Baru lepas kenakan orang, tetapi berasa bangga. Sepatutnya perlu dilaporkan kepada pihak berwajib,” ujar seorang lagi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI