fbpx

Kelayakan Piala Asia 2023: Peluang Malaysia cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Malaysia cuba menggelecek pemain Bangladesh pada perlawanan di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi.

PETALING JAYA – Dengan kedudukan terkini Malaysia 4 dan Bangladesh 1, peluang pasukan bola sepak kebangsaan untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2023 semakin hampir.

Gol ketiga yang dihasilkan penyerang muda negara, Syafiq Ahmad pada minit ke-47, manakala gol keempat jaringan Darren Lok minit ke-73.

Dengan kedudukan selesa tersebut ibarat telah mengesahkan pasukan Malaysia layak ke piala paling berprestij di benua Asia itu.

Rata-rata peminat bola sepak negara juga telah mula menunjukkan keterujaan mereka di laman sosial apabila turut memberikan laung semangat kepada pasukan kesayangan.

“Ayuh Malaysia, kali ini kita akan layak ke Piala Asia,” ujar Ramlin_Ramli.

“Walaupun bawang menjadi halangan utama, tetapi misi kita untuk melayakkan diri ke Piala Asia nampaknya semakin cerah,” ujar Fauz Yusoff. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI