fbpx

Jumlah sabitan kes di mahkamah membanggakan – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam ketika bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Media SPRM 2021 di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan kejayaan menyabitkan 266 kes salah laku rasuah atau 91.1 peratus kes sepanjang tahun lalu sebagai sesuatu yang amat membanggakan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pada 2021, daripada 1,283 kes perbicaraan rasuah yang dikendalikan di Mahkamah Sesyen di seluruh Malaysia, sejumlah 292 kes telah selesai dibicarakan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 266 pertuduhan berakhir dengan sabitan atau bersamaan dengan 91.1 peratus. Ini menunjukkan peratusan sabitan amat membanggakan.

“Di samping itu, daripada 152 kes pelucuthakan harta yang dikendalikan di mahkamah, sebanyak 121 kes permohonan telah selesai yang mana 117 kes atau 96.7 peratus memihak kepada Pendakwa Raya dan empat kes, atau 2.2 peratus tidak memihak kepada Pendakwa Raya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Media SPRM 2021 di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Terdahulu, Azam menyampaikan hadiah berupa sijil dan wang tunai kepada lapan pemenang yang terdiri daripada pengamal media dan ahli akedemik yang banyak menyumbang kepada usaha-usaha pencegahan rasuah melalui penulisan mereka.

Menurut Azam, dari segi pemulihan aset pula, jumlah aset yang dilucuthak dan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia pada tahun lalu adalah sebanyak RM5.1 billion, di mana 99.57 peratus adalah dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejayaan pertuduhan di mahkamah, antaranya adalah penubuhan Mahkamah Khas Rasuah yang dapat mempercepatkan kes berkaitan rasuah dan hakim juga faham dengan jelasberkaitan undang-undang rasuah.

“Faktor lain adalah keberkesanan siasatan dan pendakwaan, maklumat dari orang ramai dan pendekatan siasatan yang lebih sistematik,”katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI