fbpx

Isu penyokong: Ahmad Faizal mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal menganggap kehadiran penyokong sebagai pemain ke-12 Harimau Malaya ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini sangat penting. - Foto FACEBOOK FAIZAL AZUMU

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui sokongan ‘ekor’ Harimau Malaya selaku pemain ke-12 sangat penting menjelang aksi terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 menentang Bangladesh malam ini.

Sebagai rekod, Ahmad Faizal telah dikecam hebat semalam susulan laporan yang menyatakan beliau menyalahkan sorakan penyokong sebagai salah satu punca kekalahan ketika bertemu Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu lepas.

Kata Faizal, kenyataan yang diberikan pada sidang media di Perak mengenai sokongan penyokong telah disalah ertikan.

“Sorakan dan sokongan penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan amat dihargai.

“(Bila dah kena balon, saya pun pening). Cakap-cakap bola saya sebelum ini telah disalah erti. Ampun dan maaf atas kesilapan saya,” ciapnya menerusi akaun Twitter rasmi tengah malam tadi.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia telah mengesahkan jualan tiket skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh telah terjual sebanyak 30,718 setakat pukul 9 pagi tadi.

Skuad negara wajib mengutip tiga mata penuh untuk mencerahkan peluang layak ke pentas Piala Asia 2023 secara merit buat kali pertama dalam tempoh 43 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI