fbpx

Hati-hati sebar maklumat elak salah faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
ZULKIFLI MANZOR,
WARTAWAN EKSEKUTIF

Definisi teknologi maklumat dan komunikasi mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah tentang pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat.

Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengertian umum pula sejenis alat atau medium untuk memudahkan orang ramai saling berhubung dan bertukar informasi.

Mutakhir ini, teknologi maklumat dan komunikasi amat sinonim dengan kemudahan perhubungan melalui aplikasi seperti WhatsApp yang bermula pada 2009 dan Te­legram sejak 2013.

WhatsApp kini digunakan lebih 2 bilion manusia dan begitu juga ratusan juta pengguna Te­legram sebagai platform terkini yang pantas dan mudah untuk berkomunikasi serta berkongsi maklumat.

Daripada urusan persendirian sehingga kepada perihal perniagaan, pekerjaan, persekolahan dan segala-galanya yang diperlukan dalam kehidupan ini.

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi termasuk kemunculan aplikasi-aplikasi berkaitan banyak mengubah kehidupan bermasyarakat dunia kepada gaya hidup digital.

Bagaimanapun, sesebuah teknologi yang bersifat penciptaan dan invosi untuk memakmurkan kehidupan jika disalahgunakan pada akhirnya boleh mengundang malapetaka.

Tenaga nuklear sebagai salah satu sumber penjanaan elektrik, namun apabila disalahgunakan untuk tujuan persenjataan ia menjadi sebuah perkakasan yang memusnahkan.

Begitu juga dalam konteks teknologi maklumat dan komunikasi apabila disalahgunakan ia boleh menjadi perkakasan yang ‘menghuru-harakan’ sosio masyarakat.

Mengulas pandangan tersebut, Pakar Sosiologi, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sesuatu yang harus dialu-alukan.

Menurutnya beliau, kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi jika dilihat secara positif baik sebagai kemudahan untuk berkongsi ilmu dan sebagainya.

Katanya, kewujudan teknologi maklumat dan komunikasi seperti WhatsApp dan Telegram memastikan maklumat dapat disebarkan dengan pantas untuk manfaat manusia.

“Bagaimanapun, apabila ia di­salan guna akhirnya menjurus kepada konflik. Perkara ini tidak sihat untuk kemajuan dan kedamaian sesebuah masyarakat mahupun negara.

“Justeru setiap kita kena lebih berhati-hati dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi kerana kita kena sedar impaknya sangat besar termasuk kepada diri,” katanya.

Seorang rakan penulis yang mahu dikenali sebagai Amir, 42, mempunyai pandangan tersendiri mengenai teknologi maklumat dan komunikasi.

Menurut lelaki itu, teknologi sedikit sebanyak membantunya memperkenalkan perniagaannya kepada orang ramai.

Bagaimanapun, katanya, teknologi itu harus digunakan secara bijak kerana maklumat yang dikongsikan kadangkala menimbulkan salah faham.

“Aku pernah tunjukkan gambar berjaya buat jualan untuk meyakinkan orang ramai, tetapi ada yang komen aku menunjuk, ‘poyo’ dan berlagak.

“Sejak itu aku lebih berhati-hati dalam menggunakan WhatsApp, Telegram dan apa jua teknologi komunikasi supaya tidak disalah erti lagi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI