fbpx

Jakim wujud talian khas terima aduan berkait isu hina Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na’im.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewujudkan talian khas 24 jam untuk menerima aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam terutama yang dicetuskan menerusi laman media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, talian khas itu beroperasi serta merta bermula hari ini menerusi dua saluran aduan masing-masing di talian 017-3234533 (WhatsApp) dan emel, [email protected].

Beliau berkata, talian aduan khas itu akan dikendalikan Jakim dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (Jain) termasuk Jawi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC).

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) secara konsisten memberikan penegasan akan sentiasa memelihara kesucian serta ketinggian agama Islam di negara ini.

“Mana-mana pihak yang didapati melakukan apa-apa tindakan menghina Islam perlulah di bawa ke muka pengadilan sebagai pengajaran kepada semua pihak,” katanya ketika ditemui pada majlis perjumpaan bulanan agensi-agensi agama di bawah JPM di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI