fbpx

Telefon pintar hanya untuk pemilik Porsche? Ini hanyalah khabar angin!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketersediaan HONOR Magic6 RSR yang terhad menambah daya tarik model ini.

PETALING JAYA – Sejak HONOR memperkenalkan PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR, ramai pengguna telah bertanya;

“Adakah telefon ini hanya boleh dibeli oleh pemilik Porsche?”

“Khabar angin mengatakan hanya penyokong tegar HONOR, atau pemilik Porsche yang menerima khabar mengenai ketersediaan telefon itu.”

“Apa kriteria pembeliannya?”

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR sendiri telah menafikan khabar angin berkenaan, dengan manyatakan bahawa akses awal kepada telefon edisi terhad itu memerlukan pra-pesanan.

“HONOR Magic6 RSR kini tersedia untuk pembelian, dan pelanggan yang berminat digalakkan untuk melawat kedai yang mengambil bahagian untuk mendapatkan maklumat lanjut,” ujarnya.

Pun begitu, dengan ketersediaan stok yang terhad, produk berkenaan mungkin bakal bergelut untuk memenuhi sepenuhnya permintaan pasaran.

Rekaan HONOR Magic6 RSR mengambil inspirasi daripada model Porsche Taycan.

Sekiranya ada kenalan yang berjaya membeli Magic6 atau Magic V2 RSR, ia memperlihatkan mereka bukan sahaja berduit, malah bernasib baik.

Salah faham ini timbul disebabkan kemampuan untuk membeli tidak semestinya boleh diterjemahkan kepada pemerolehan. Tambahan pula, pendaftaran untuk kelayakan pra-tempah penting untuk pembelian.

Populariti luar biasa

Terdapat beberapa faktor di sebalik populariti Magic6 RSR.

Pertama ialah rekaan luarannya yang menakjubkan, diinspirasikan daripada model kereta sports elektrik, Porsche Taycan.

Dari badan telefon sehingga modul kamera, garisan yang mengalir memberi sensasi keseronokan dan pengendalian hebat. Terutama sekali, modul kamera yang mengambil bentuk heksagon Porsche yang tersendiri, sepadan dengan bahasa reka bentuk jenama ikonik itu.

Menerusi kerjasama pasukan reka bentuk Porsche, warna telefon ini telah ditentu ukur dengan tepat untuk meniru warna asal dan kemasan metalik kereta sports Porsche. Dedikasi terhadap perincian ini menghasilkan dua pilihan warna menarik, iaitu ‘Agate Grey’ dan ‘Frozen Berry Pink’.

HONOR Magic6 RSR kini tersedia untuk dibeli di premis terpilih.

Seterusnya, Magic6 RSR turut hadir dengan sokongan perkakasan dan perisian komprehensif, meliputi HONOR AI Motion Sensing Capture yang menyokong pengatup pintar berkelajuan tinggi bagi merakam detik aksi dengan baik.

Sementara paparan skrin dengan HONOR NanoCrystal Shield baharu memiliki rintangan calar dan daya tahan hentaman yang dinaikkan sebanyak 10 kali ganda. Teknologi peredupan PWM 4320Hz pula beroleh pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light, memancarkan cahaya biru pada kadar lebih sedikit bagi mengurangkan keletihan dan ketegangan mata.

Bateri HONOR 5600mAh Silicon-carbon pula memastikan ketahanan penggunaan sepanjang hari.

HONOR Magic6 RSR ditawarkan pada harga RM7,499.

Berbaloi untuk dimiliki?

Sudah tentu akan ada netizen dan individu berfikiran ‘baik beli’ yang mempersoalkan individu yang membeli HONOR Magic6 RSR pada harga RM7,499. Manakala harga HONOR Magic V2 RSR pula mencecah RM10,000, dengan harga rasminya pada RM10,999.

Pada masa sama, ramai pengguna telah membuat pra-tempah sebelum ia dikeluarkan secara rasmi.

Menurut beberapa kakitangan Honor, terdapat ramai individu bernilai tinggi yang tidak sabar untuk mendapatkan telefon ini melalui pelbagai saluran, termasuk membuat pesanan secara terus, dan stok yang tinggal adalah terhad.

Tidak dapat dipastikan sama ada setiap kedai akan memiliki stok tersedia.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI