fbpx

China miliki tapak warisan semula jadi paling banyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taman Negara Jiuzhaigou ialah salah satu tapak Warisan Dunia UNESCO di China. - Xinhua

BEIJING – Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Kebangsaan memaklumkan bahawa China memiliki jumlah tapak warisan semula jadi yang paling banyak di dunia, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Negara itu mempunyai 14 tapak warisan semula jadi dunia dan empat tapak warisan yang terkenal dengan ciri-ciri budaya serta semula jadi. 

“China mendahului negara-negara di dunia dari segi kuantiti tapak warisan semula jadi”, kata pentadbiran itu seperti dilaporkan oleh agensi berita Xinhua.

Tapak-tapak warisan itu secara berkesan melindungi peninggalan geologi China, gunung-ganang cantik, hutan dan tasik, bersama-sama spesies haiwan serta tumbuhan yang jarang ditemui dan terancam, kata pentadbiran itu.

Ia membawa kepada hasil pelancongan melebihi 14 bilion yuan (RM9.18 bilion) untuk penduduk tempatan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI