fbpx

Bab ‘jodohkan’ orang, netizen memang juara – Zara Zya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zara Zya menafikan sedang menyulam cinta dengan pelawak, Shuib.

PETALING JAYA – Pelakon Zara Zya menafikan dakwaan netizen kononnya dia sedang mengenali hati budi dan menyulam cinta dengan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu.

Zara ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia dan Shuib sudah lama mengenali antara satu sama lain sebagai rakan artis dan tidak lebih daripada sekadar kawan dalam industri

“Netizen memang juara kalau bab nak jodohlan percintaan orang. Laju je mereka buat kerja. Mana ada saya bercinta dengan Shuib, tidak sama sekali.

“Kami bertemu pun sebab ada urusan yang perlu diurus dan dibincangkan bukan bercinta atau keluar dating,” kata pelakon berusia 36 tahun itu.

Terdahulu, tindakan Shuib memuat naik sekeping foto bersama pelakon Zara Zya dalam Instagram miliknya mencuri tumpuan orang ramai.

Mana tidaknya, jarang sekali Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhammad berkongsi fotonya dengan wanita lain dalam media sosial kecuali gambar bersama ahli keluarga dan anak-anak.

Menguatkan lagi spekulasi netizen kononnya dua selebriti itu sedang ‘bersama’, Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 37, turut memuat naik foto sama dan mengucapkan terima kasih kepada Shuib menerusi Instagramnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna Instagram mula berseloroh dengan ‘menjodohkan’ mereka berdua selain mendoakankan yang baik-baik agar urusan kedua-dua selebriti itu dipermudahkan,

“Kalau yang ini saya setuju. Semoga bahagia sampai Jannah.

“Kasi jadilah Shuib. Zara Zya kami setuju. Kamu berdua cocok sangat kalau jadi pasangan suami isteri.

“Semoga berjodoh kamu berdua. Semua tolong aminkan doa saya. Suka tengok kamu berdua, kalau ada jodoh pasti tak ke mana,” seloroh netizen.

Pada masa sama, ada juga yang menganggap mereka berdua bertemu hanya untuk berbincang mengenai kerjasama Zara berhubung perniagaan minuman milik Shuib, BubbleBee.

Terdahulu, isteri Shuib yang juga penyanyi Siti Sarah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos tahun lalu dan sempat melahirkan anak bongsunya, Ayash Affan pada 6 Ogos secara pembedahan selepas ditidurkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI