fbpx

Sudah terima bantuan zakat tapi terus mengemis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah anggota SSU mendekati keluarga yang mengemis meskipun telah menerima bantuan LZS.

SHAH ALAM – Sebuah keluarga terus menjadikan aktiviti mengemis sebagai amalan mereka meskipun telah menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Perkara itu terbongkar selepas Skuad Saidina Umar (SSU) LZS terserempak dengan satu keluarga yang sedang giat meminta sedekah di luar perkarangan masjid di negeri ini selepas solat jumaat yang lalu.

LZS dalam kenyataan di laman Facebook rasminya memaklumkan semasa kejadian didapati seorang wanita bersama dua anak kecilnya dilihat menghulurkan beg kertas pada setiap jemaah yang lalu dengan tujuan meminta sedekah.

“Semakan terus dibuat menerusi sistem dan didapati mereka adalah penerima bantuan tetap dari LZS sejak tahun 2015 lagi.

“Keluarga ini disahkan adalah asnaf miskin dan menerima bantuan zakat bagi kewangan bulanan, makanan bulanan, raya tahunan, pendidkan tahunan dan juga beberapa bantuan tunggakan hutang keperluan hidup,” katanya di sini hari ini.

Kata LZS, secara keperluan asas dilihat keluarga ini menerima bantuan yang mencukupi.

Ujarnya, pihaknya kemudiannya melakukan siasatan lanjut dengan menziarah terus ke rumahnya untuk melihat situasi sebenar kehidupan mereka.

“Ketika kunjungan ke rumah mereka didapati suaminya tidak bekerja akibat masalah kesihatan. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah rendah.

“Kebiasaannya dua orang anak akan mengikut ibu mereka setiap jumaat meminta sedekah di masjid-masjid manakala seorang lagi tinggal di rumah untuk menjaga ayahnya,” katanya.

Jelas LZS lagi, sebelum ini mereka pernah ditegur kerana sikap suka meminta sedekah.

“Isu meminta sedekah ini bukan di bawah bidang kuasa kami namun atas tanggungjawab, teguran dilakukan secara baik agar tidak mendatangkan fitnah pada diri, keluarga, masyarakat dan agama.

“Justeru, kami merayu pada orang awam agar menyemak terlebih terlebih dahulu sekiranya menjumpai kes sebegini. Dikhuatiri niat baik kita bersedekah menjadi lubuk buat mereka yang suka mengambil kesempatan,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI