fbpx

Isu bahasa dan ketiadaan saksi punca laporan berprofil tinggi lewat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Kelewatan penyediaan laporan penuh pasukan petugas khas yang dibentuk kerajaan pada akhir tahun lepas berpunca daripada pelbagai faktor di luar bidang kawalan.

Situasi itu jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, termasuk teks dokumen asal dalam bahasa Inggeris.

“Keadaan itu memerlukan tempoh lanjut bagi penterjemahan namun saya berharap laporan akhir dapat dibentangkan pada Ogos depan,” katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

Sesi itu menyaksikan beliau menjelaskan mengenai pindaan 11 kesalahan bagi dimansuhkan hukuman mati mandatori susulan kenyataan akhbar mengenai isu tersebut pada Jumaat lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 9 Oktober 2021 mengumumkan tiga pasukan petugas khas antaranya isu kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Turut dibentuk kerajaan ialah melibatkan tindakan perundangan untuk kes Pulau Batu Puteh dan dakwaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam buku yang dihasilkannya.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi memastikan tiada kesalahan terjemahan untuk segala dokumen pasukan itu.

“Justeru, jawatankuasa dalam pasukan terbabit memerlukan tempoh lanjut lagi sebelum dapat melaporkan kepada jemaah menteri kerana ia melibatkan isu yang agak serius,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI