fbpx

HUSM perlu 12,000 beg darah tampung keperluan pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Amran (kiri) meninjau Program Derma Darah di Hotel Perdana, Kota Bharu hari ini. /FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Unit Perubatan Transfusi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) memerlukan sebanyak 12,000 beg darah bagi menampung keperluan semasa pesakit di hospital berkenaan.

Pegawai Perubatan Unit Perubatan Transfusi HUSM, Dr. Mohd. Amran Ab. Wahab berkata, setakat ini, pihaknya memerlukan kira-kira 800 beg darah untuk keperluan semasa selain digunakan untuk menyalurkan bantuan kepada hospital yang memerlukan.

Menurutnya, jumlah darah di unit berkenaan masih mencukupi, namun bekalan perlu dipastikan sentiasa ada memandangkan keperluannya sentuasa diperlukan bergantung kepada jumlah kes kecemasan yang diterima.

“Kita memerlukan bekalan darah yang mencukupi untuk membantu pesakit kecemasan yang mengalami pendarahan di luar jangka seperti kes kemalangan, komplikasi semasa bersalin, bayi pramatang, talasemia, barah, kegagalan buah pinggang dan pembedahan kritikal.

“HUSM mengalami kemerosotan sehingga 50 peratus bekalan darah semasa pandemik Covid-19. Pengurangan darah itu juga disebabkan kekangan untuk menganjurkan program menderma darah semasa musim pandemik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Derma Darah di Hotel Perdana di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Mohd. Amran berkata, pihaknya juga tidak menyimpan banyak darah jenis O kerana ia hanya boleh didermakan kepada individu darah jenis sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI