fbpx

1,570 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam mencatatkan sedikit penurunan kepada 1,571 kes berbanding 1,709 kes kelmarin dengan hanya satu kes import dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,489,118 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,887 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,468,191 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (714), Kuala Lumpur (221), Perak (106), Pulau Pinang (133), Negeri Sembilan (84) dan Putrajaya (15).

“Ia diikuti oleh Melaka (55), Johor (55), Sabah (58), Sarawak (40), Kedah (28), Pahang (24), Kelantan (9), Perlis (5), Terengganu (20) dan Labuan (4),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak satu kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,712 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) dengan jumlah kes kekal BID 7,573 kes.

Sebanyak 22,395 kes aktif dilaporkan melibatkan 21,375 kes dikuarantin di rumah, 18 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 976 kes di hospital, 11 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 15 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI