fbpx

Cuaca baik di hampir semua tempat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada petang ini melaporkan keadaan cuaca bertambah baik berbanding petang semalam.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya berkata, bagaimanapun pada petang ini hujan di satu dua tempat masih dicerap berlaku terutamanya di sekitar bahagian pedalaman negeri Kedah, Perak, Selangor, sedikit di kawasan Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan juga Johor.

Katanya, keadaan hujan lebat ini akan beransur reda menjelang lewat petang nanti.

“Bagi negeri Sabah dan juga Sarawak pula, keadaan hujan lebat berserta ribut petir kini dicerap dan berlaku di sekitar bahagian Kudat, Pantai Darat Pedalaman dan sekitar bahagian Sandakan.

“Untuk negeri Sarawak pula, hujan di satu dua tempat kini lebih tertumpu di sekitar bahagian utara negeri Sarawak, serta sekitar bahagian barat di Sarawak,” katanya di sini tadi.

Jelasnya, keadaan cuaca lembab itu dijangkakan akan beransur reda menjelang awal malam nanti.

Dalam pada itu, diingatkan sewaktu hujan dan ribut petir melanda di kawasan anda, orang ramai diminta untuk berhati-hati dan juga tidak berada di sekitar kawasan yang terbuka.

“Menjelang malam nanti, keadaan hujan masih lagi dijangka berlaku terutamanya di sekitar kawasan perairan pantai timur semenanjung di mana keadaan hujan ini masih lagi boleh berterusan sehingga ke lewat malam nanti.

“Menjelang pada pagi esok pula, MetMalaysia masih lagi menjangkakan potensi keadaan hujan lebat berserta ribut petir untuk berlaku di sekitar kawasan perairan selat Melaka di mana keadaan hujan lebat berserta ribut petir ini masih lagi berpotensi untuk bergerak masuk ke kawasan daratan pada pagi esok,” ujarnya.

Katanya, orang awam yang ingin melakukan aktiviti di kawasan perairan seperti nelayan dan juga pemancing diminta untuk berhati-hati kerana ketika ribut melanda kawasan perairan, keadaan angin kencang dan juga laut bergelora boleh berlaku dan ianya adalah berbahaya terutamanya melibatkan bot-bot kecil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI