fbpx

Agong, permaisuri zahir takziah buat keluarga Abang Ahmad Urai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah yang disiarkan di laman Facebook Istana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Mantan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen yang kembali ke Rahmatullah hari ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

“Yang di-Pertuan Agong amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada Sarawak dan negara,” katanya menerusi laman Facebook sebentar tadi.

Seri Paduka Baginda turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada Sarawak dan negara.

Allahyarham yang dilahirkan di Kuching pada 26 Jun 1933 dan berusia 89 tahun pernah menyandang jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara menggantikan Tan Sri Benedict Stephens dari 12 Julai 1988 hingga 9 Julai 1990.

Sebelum itu, Allahyarham pernah menjawat jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara bemula 29 Julai 1985 hingga 10 Julai 1988.

Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 13 November 1984 setelah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Menteri Muda di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada 1976 di bawah kepimpinan Tun Abdul Rahman Yaakub.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI