fbpx

9 lelaki belasah 2 wanita di restoran dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan insiden dua wanita diserang oleh sekumpulan lelaki di sebuah restoran di China. - Twitter

BEIJING – Polis di China menahan sembilan individu yang terlibat dalam serangan kejam ke atas sekumpulan wanita di sebuah restoran baru-baru ini, lapor laman berita Wion News semalam.

Rakaman kejadian yang tersebar di internet itu memaparkan seorang lelaki meletakkan tangannya di belakang badan seorang wanita yang sedang makan bersama dua rakan di sebuah restoran berbeku di wilayah Hebei, utara China.

Lelaki itu bertindak menyerang apabila wanita berkenaan cuba menolaknya. Rakan-rakan suspek kemudian menarik mangsa ke bahagian luar restoran lalu memukulnya secara bertubi-tubi sehingga terbaring di atas tanah.

Rakan mangsa juga dipukul ketika dia cuba memberikan bantuan.

Insiden itu mencetuskan kemarahan ramai berkenaan isu gangguan seksual dan keganasan terhadap wanita di China di mana perbualan mengenai hak-hak wanita telah dibangkitkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Susulan kejadian tersebut, dua wanita berkenaan dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan. 

Pihak berkuasa bagaimanapun berkata, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan stabil dengan kecederaan yang tidak membawa maut.

“Kes itu sedang disiasat dengan lebih lanjut,” demikian menurut polis bandar Tangshan. Mereka telah menahan sembilan suspek yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Dalam pada itu, netizen menyelar tingkah laku suspek dan meminta hukuman berat dikenakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI