fbpx

Wanita di Amerika Syarikat dibelenggu krisis tampon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARGA tampon di AS meningkat dengan ketara hampir 10 peratus berbanding tahun lalu. - WWN

WASHINGTON – Wanita di Amerika Syarikat (AS) kini menghadapi tekanan akibat kekurangan produk kesihatan haid terutamanya tampon, lapor stesen penyiaran CNN semalam. 

Sebilangan peruncit dan pengilang utama produk tersebut mengaku bahawa terdapat kekurangan bekalan tampon pada minggu ini sekali gus mengesahkan aduan yang tersebar di media sosial sejak beberapa bulan lalu.

Isu berkenaan mendapat tumpuan di AS susulan artikel mengenainya yang disiarkan oleh laman berita Time.

“Saya tidak melihat produk ini di kedai selama beberapa bulan. Saya memesan tampon di laman web runcit Amazon dan menghadapi kenaikan harga,” kata seorang pengguna di laman sosial Reddit.

Menurut saluran berita Bloomberg, harga tampon meningkat dengan ketara hampir 10 peratus berbanding tahun lalu.

Seorang jurucakap Amazon bagaimanapun menafikan khabar angin bahawa harga tampon telah meningkat dan menyatakan bahawa dasar syarikat itu adalah memastikan penjual menetapkan harga produk secara kompetitif.

Kekurangan bekalan itu dikatakan berpunca daripada kekangan bahan mentah utama seperti kapas dan plastik yang mendapat permintaan tinggi sejak permulaan pandemik Covid-19.

Peperangan di Ukraine juga telah menyekat bekalan kerana Moscow dan Kiev adalah pengeksport utama baja yang digunakan untuk menanam pokok kapas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI