fbpx

Sajat tayang badan di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik Sajat di TikTok miliknya tadi.

PETALING JAYA- Tindakan usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat menayang badannya di aplikasi TikTok menimbulkan rasa kurang senang kaum wanita.

Menerusi video tersebut, Sajat yang kini berada di Australia hanya mengenakan pakaian seakan bikini, sekali gus menampakkan keseluruhan badannya.

Sajat menjelaskan, dia mahu menggelapkan kulitnya dengan menggunakan satu produk khas dan hasilnya dapat dilihat selepas proses itu selesai.

“Saya sangat gembira, ‘self tanning’, saya sangat teruja,” katanya ringkas.

Sementara itu, rata-rata pengguna TikTok khususnya kaum wanita merasa kurang senang dengan video itu berikutan dilihat sebagai tidak menjaga maruah mereka.

Sebelum ini, nama Sajat sering meniti di bibir netizen selepas usahawan itu sering mencipta pelbagai kontroversi termasuk pengakuan telah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI