fbpx

KJ antara 12 menteri dijemput ke Universiti Harvard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjadi seorang daripada 12 menteri dipilih dari pelbagai negara bagi menghadiri Harvard Ministerial Leadership Program di Universiti Harvard, Amerika Syarikat bermula 12 hingga 15 Jun ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya memaklumkan, beliau telah menerima undangan daripada Universiti Harvard bagi menghadiri program tersebut yang dianjurkan secara bersama oleh Harvard T.H. Chan School of Public Health, Harvard Graduate School of Education dan Harvard Kennedy School.

Menurut kenyataan itu, program bertaraf global itu dianjurkan secara jemputan khas dengan kesemua 12 menteri dipilih terlibat di dalam portfolio kesihatan, pendidikan serta pembangunan insan.

“Program ini memberi penekanan kepada aspek kepimpinan serta fokus kepada perkongsian interaktif dan paraktikal peserta menerusi perbincangan kajian kes dan pengalaman masing-masing dalam pembangunan insan dan juga kemajuan ekonomi.

“Jemputan khas kepada menteri kesihatan untuk menyertai program yang dianjurkan pada setiap tahun ini adalah satu pengiktirafan buat negara, khususnya KKM,” katanya.

Sementara itu, program tersebut juga merupakan antara platform terbaik untuk mempelajari dan menganalisis pengalaman negara-negara lain yang boleh dijadikan rujukan, di samping peluang untuk Malaysia berkongsi kejayaan serta pengalaman dalam menguruskan pandemik Covid-19. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI