fbpx

Jack Grealish terdesak beraksi lebih ‘bebas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH (tengah) bermain dengan lebih baik ketika menyarung jersi England kerana falsafah bola sepak yang diterapkan Southgate berbanding gaya permainan Guardiola di City. – AFP

MANCHESTER – Pemain termahal Manchester City, Jack Grealish mengakui terdesak untuk mendapatkan ‘kebebasan’ bermain seperti yang diberikan ketika menyarung jersi skuad kebangsaan England apabila beraksi di peringkat kelab musim depan.

Pemain berusia 26 tahun itu dilihat tampil cemerlang sewaktu mewakili Three Lions di bawah kendalian Gareth Southgate ketika ini berbanding ketika bersama skuad The Citizens meskipun berjaya menjuarai carta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lepas.

Kata Grealish, perubahan prestasinya ketika menyarung jersi England dapat dirasai kerana Southgate memberi peluang serta ruang kebebasan buatnya ketika melakukan serangan berbanding Guardiola yang mengamalkan corak permainan lebih berdisiplin.

“Ini bukanlah satu kebetulan apabila saya bermain dengan lebih baik ketika menyarung jersi England kerana falsafah bola sepak yang diterapkan Southgate berbeza disebabkan dia memberi kebebasan untuk saya bergerak secara kreatif.

“Secara jujur, inilah gaya permainan yang paling saya sukai dan harap prestasi yang sama dapat diterjemahkan ke peringkat kelab bermula musim depan. Apa yang pasti, saya hormati setiap strategi taktikal yang di­terapkan oleh mana-mana jurulatih. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI