fbpx

Peniaga rugi RM400,000, tiga jam Rolex disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang cedera selepas diserang oleh sekumpulan individu sehingga menyebabkan kerugian lebih RM400,000.

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga dalam talian mengalami kerugian berjumlah kira-kira RM400,000 selepas disamun empat lelaki bersenjata di sebuah restoran di Taman Mount Austin di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa yang menjalankan perniagaan dalam talian itu telah berjanji untuk bertemu pelanggannya di restoran tersebut.

Katanya, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 1.45 tengah hari ketika mangsa sedang menunggu pelanggannya.

“Semasa menunggu pelanggan sambil melihat jam tangan jenis Rolex yang mahu dijualnya, mangsa tiba-tiba didatangi empat lelaki.

“Suspek melarikan tiga jam tangan jenama Rolex dan sebentuk cincin emas yang dianggarkan bernilai RM400,000,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Katanya, susulan kejadian berkenaan, mangsa mengalami luka pada tangan.

Tambah Raub, pihaknya sedang giat mengesan semua suspek terlibat dan kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 397/397 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI