fbpx

Isham Jalil bukan lagi Ketua Penerangan BN Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isham Jalil.

SHAH ALAM – Perkhidmatan Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor telah ditamatkan berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Isham menerusi Facebook rasminya dengan penamatannya dilakukan menerusi surat yang diberikan BN Selangor.

“Saya telah dimaklumkan hari ini bahawa perkhidmatan saya sebagai Ketua Penerangan BN Selangor telah ditamatkan berkuatkuasa serta merta.

“Berdasarkan surat itu memaklumkan jawatan Ketua Penerangan BN negeri tidak termaktub di dalam Perlembagaan BN,” katanya di sini hari ini.

Menurut Isham, beliau akan bantu sebaik mungkin dengan apa yang termampu walaupun tanpa apa-apa jawatan dan berjuang sebagai ahli biasa seperti sebelum ini.

“Perjuangan kita belum selesai. Oleh itu, saya mohon agar tuan-tuan dan puan-puan meneruskan perjuangan dan usaha ini walaupun saya tidak lagi berada di kepimpinan BN negeri.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan berjuang bersama saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai Ketua Penerangan BN Selangor,” jelasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI