fbpx

Katya Echazarreta, wanita kelahiran Mexico pertama sertai misi angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Echazarreta menjadi wanita pertama dari Mexico yang pergi ke angkasa lepas. –SheThePeople

AUSTIN, TEXAS – Seorang gadis Mexico yang pernah hidup susah mampu tersenyum bangga kerana terpilih untuk melancong ke angkasa lepas, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Katya Echazarreta, 26, ialah wanita berketurunan Mexico pertama berbuat demikian selepas menjadi sebahagian  daripada enam penumpang  yang berlepas menggunakan roket firma milik bilionair Jeff Bezos , Blue Origin pada  Sabtu lalu.

Roket itu dilancarkan dari kemudahan Blue Origin di Texas Barat  pukul 9.26 pagi (waktu tempatan). Ia membawa kumpulan pelancong angkasa lepas tersebut pada ketinggian lebih 99 kilometer dari Bumi selama beberapa minit sebelum mendarat semula.

Kebanyakan penumpang misi tersebut membayar sejumlah wang yang tidak didedahkan, namun Echazarreta yang merupakan seorang jurutera,   dibiayai oleh organisasi sains,  Space for Humanity bagi menyertai misi itu.

Kata gadis itu, dia melihat Bumi dari angkasa lepas mengikut cara tersendiri.

“Apabila melihat ke bawah (Bumi), saya melihat semua kisah lampau, kesilapan, halangan dan segala yang telah berlaku berada di sana,” ujarnya.

Tambah Echazarreta, dia berpindah ke Amerika Syarikat bersama keluarganya ketika berumur tujuh tahun. Ketika berusia 17 dan 18 tahun, Echazarreta menjadi tulang belakang keluarganya. Dia  menyara kehidupan mereka dengan bekerja di restoran makanan segera McDonald’s.

“Ada masanya, saya melakukan empat pekerjaan kerana mahu mengumpul wang bagi memasuki kolej,” katanya.

Echazarreta kini melanjutkan pelajaran peringkat sarjana kejuruteraan di Universiti Johns Hopkins.

Dia pernah bekerja di makmal Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA)  selain  mengacarakan siri sains di YouTube serta menjadi penyampai  program mingguan di saluran televisyen CBS yang berjudul Mission Unstoppable. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN