fbpx

Masih ada ruang NGO, sektor korporat bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Zailah Mohd. Yusoff (tiga dari kanan) dan Jacyntha Lo (tiga dari kiri) semasa pelancaran Program Bantuan Bencana 1,000 di Mantin dekat Seremban, hari ini.- Foto oleh NAZARUDIN SHAHARI

Oleh NAZARUDIN SHAHARI

SEREMBAN – Kerajaan mengalu-alukan sumbangan berterusan semua pihak bagi membantu 50,814 buah keluarga mangsa banjir yang berlaku di negara ini antara bulan November tahun lalu hingga bulan Mac lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, sumbangan berterusan itu amat diperlukan dalam usaha membela nasib seramai 181,979 mangsa banjir di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Katanya, walaupun kerajaan telah memperuntukkan lebih RM1.4 bilion bagi tujuan membantu mangsa banjir yang terjejas, masih ada ruang yang boleh dimanfaatkan oleh individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat memberikan sumbangan.

“Saya menyeru semua pihak yang mempunyai perabot atau peralatan rumah yang ingin dilupuskan tetapi masih dalam keadaan baik agar dapat menyumbangkannya kepada mangsa banjir yang terkesan dan sangat memerlukan.

“Rangkaian hotel di negara ini juga boleh memanfaatkan ruang ini jika mereka mempunyai perabot yang ingin dilupuskan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Bantuan Bencana 1,000 anjuran Muhibbah Foodbank Malaysia di Mantin dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Siti Zailah menyaksikan sumbangan lebih 700 unit perabot terpakai pelbagai jenis dari bilik dan suite Marina Bay Sands, Singapura yang akan diagihkan kepada mangsa banjir di negeri ini, Lembah Klang dan Kelantan.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI