fbpx

Lepas balik Siam, sibuk jadi peguam Johnny Depp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Depp bersama Heard ketika masih melayari manis rumah tangga. - AFP

Penat sungguh jadi netizen Malaysia, selepas satu kes ke satu kes kena selesai mengalah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Mana tak letih, tiba-tiba aktres Thailand, Tangmo Nida yang telah meninggal dunia bersiaran langsung di Facebook. Kiranya baru sebulan ‘balik’ Malaysia selesaikan kes pembunuhan Tangmo, tiba-tiba kena ‘pergi’ ke Thailand sekali lagi.

Siaran langsung tertunda itu mengejut ramai peminatnya yang ditonton hampir 10 juta orang dengan lebih 200,000 komen.

Pelbagai andaian netizen ketika itu, ada yang mendakwa ibu Tangmo, Panida yang menyiarkan siaran langsung tertunda itu seolah-olah Tangmo memberi petunjuk baharu tentang kematianya.

Fuh, penat sungguh kes ini sehingga boleh dibuat drama bersiri 100 episod. Baru reda isu Tangmo, netizen bertukar profesion menjadi peguam pemerhati, pelakon Hollywood, Johnny Depp.

Depp memfailkan tuntutan saman fitnah RM219 juta di Mahkamah Virginia, Amerika Syarikat terhadap bekas isterinya, Amber Heard yang menuduhnya melakukukan keganasan rumah tangga dalam kenyataan kepada Washington Post.

Perbicaraan selama enam minggu dengan lebih 40 saksi membuatkan netizen Malaysia, malah netizen di seluruh dunia tidak senang duduk. Prosiding mahkamah itu boleh dilihat melalui siaran langsung di YouTube membuatkan kes itu terlalu dekat dengan kita.

Heard dilabelkan narsistik iaitu merasakan dirinya sentiasa betul, merendahkan orang lain dan angkuh.

Sepanjang berbicaraan itu berlangsung perhatian netizen hanya mencemuh Heard sehingga ada sebuah tabloid di Amerika Syarikat menggelarkannya wanita paling dibenci di Hollywood.

Kemenangan Depp terhadap saman fitnah berjumlah RM65 juta itu diibaratkan oleh netizen negara ini sebagai hari kemenangan lelaki dan wanita tidak semestinya betul. Penangan kemenangan Depp pada Rabu lalu itu membuatkan namanya sohor kini di seluruh dunia sehingga hari ini.

Jawapan kepada soalan adakah benar Depp atau Heard kaki pukul bini atau pukul suami, realitinya itu memang benar-benar berlaku dalam rumah tangga.

Dua-dua sama kacak, sama lawa itu bukan penentu kebahagiaan, jika terpaksa menghadapi hubungan penuh toksik bertahun-tahun baik cerai saja.

Jika benar Heard pernah membuang air besar tepi katil dan atas badan Depp ketika tidur (keterangan saksi kes itu) ia satu hubungan yang benar-benar toksik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI