fbpx
Beginilah keadaan rumah mangsa yang penuh dengan barangan lusuh di Taman Kerian, Parit Buntar semalam.

Lelaki kerat ibu bengis, pernah sembelih kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT BUNTAR – Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan ibunya dikatakan pernah mengerat kucing yang masuk ke rumah menggunakan pisau selain berperwatakan bengis dan tidak pernah senyum kepada sesiapa.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku tiga tahun lalu hingga membuatkannya takut dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Katanya, dia juga tidak pernah melihat suspek tersenyum sejak berjiran 13 tahun lalu.

“Suspek hanya mengutip barangan lusuh dan dikumpulkan di sekeliling rumah yang didiami bersama ibunya.

“Oleh kerana itu rumahnya, kadang kala berbau busuk dan sampai ke dalam rumah kami apabila ditiup angin,” katanya ketika ditemui di Lorong Bendahara Taman Kerian di sini semalam.

Menurut jiran tersebut, mang­sa merupakan seorang yang baik serta ramah selain sering me­nyanyi dan memasang muzik dengan kuat hingga boleh dide­ngar sampai ke rumahnya.

Bagaimanapun, tambahnya, nyanyian mangsa sudah tidak didengari sejak seminggu lalu.

Berita berkaitan: Potong 15 badan ibu tidak puas hati bahagi harta 

Berita berkaitan: Suspek ada rekod sakit mental

“Mangsa ada tiga cahaya mata dan anak perempuannya akan menghubunginya setiap hari walaupun tinggal di tempat lain selepas berkahwin.

Lokasi kejadian.

“Dia akan datang setiap Sabtu untuk bawa mangsa bersiar-siar,” katanya.

Ujar jiran tersebut, dia hanya tahu mengenai kejadian itu selepas melihat kehadiran polis ke rumah mangsa.

“Sebaik mengetahui mangsa telah dibunuh dan dikerat, saya terus teringat kejadian lelaki itu mengerat kucing yang masuk ke rumahnya tiga tahun lalu,” katanya.

Tinjauan mendapati rumah itu telah dipasang pita keselamatan dan dipenuhi dengan bara­ngan lusuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN