fbpx

Harimau Malaya perlu tutup mulut pengkritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN (tengah) mengakui dua kemenangan pada aksi persahabatan tidak seharusnya dijadikan platform untuk cepat berpuas hati dengan prestasi sendiri. - FB FAM

HARIMAU Malaya harus berpijak pada dunia nyata dan tidak boleh terlalu dibuai mimpi indah dengan dua kemenangan ke atas Brunei dan Hong Kong pada aksi persahabatan sebelum ini.

Perhitungan pertama Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 menentang Turkmenistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini perlu dijadikan pentas untuk menutup segala keraguan dan segalanya perlu bersandarkan kepada kemahuan serta komitmen penuh daripada setiap pemain.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, untuk memastikan kejayaan, sikap cepat berpuas hati tidak boleh ada dalam diri setiap pemain.

“Berdasarkan pemantauan saya dalam dua aksi persahabatan ini masih ada kelompongan yang perlu kita baiki kerana kita tidak boleh sesekali memandang rendah lawan apatah lagi ini tugas penting.

“Saya ingatkan pemain untuk tidak lena dibuai dengan sanjungan dan pujian, sebaliknya jadikan ia inspirasi untuk terus melawan.

“Dalam kita dipuji, tidak kurang juga ada yang mengkritik, maka terus jadikan pertembungan ini untuk medan membuktikan kemampuan masing-masing,” katanya ketika melakukan pertemuan dengan para pemain, barisan kejurulatihan dan pegawai Harimau Malaya.

Selepas Turkmenistan, Harimau Malaya akan bertemu Bahrain pada 11 Jun dan Bangladesh (14 Jun), kesemuanya dilangsungkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI