fbpx

Covid-19 : 1,358 kes direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan 1,358 kes semalam termasuk dua kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,514,989 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,620 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,457,118 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (569 kes), Kuala Lumpur (264 kes), Pulau Pinang (105 kes), Perak (90 kes), Negeri Sembilan (81 kes), Johor (61 kes) dan Sabah (45 kes).

“Selain itu, Melaka (31 kes), Kedah (29 kes), Putrajaya (24 kes), Sarawak (22 kes), Pahang (17 kes), Kelantan (9 kes), Perlis (5 kes), Terengganu (5 kes) dan Labuan (1 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, dua kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,688 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,562 kes.

Sebanyak 22,183 kes aktif dilaporkan melibatkan 21,232 kes dikuarantin di rumah, 21 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 904 kes di hospital, 14 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 12 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI