fbpx

59 warga Rohingya tidak makan 5 hari, terkandas semasa menuju ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera laut Thailand memindahkan warga Rohingya yang ditemui di pulau Koh Dong pada 4 Jun lalu. - Phuket News

BANGKOK – Seramai 59  pelarian Rohingya yang ditemui terkandas di sebuah pulau terpencil di Thailand  mendakwa bahawa mereka ditinggalkan oleh penyeludup semasa dalam perjalanan ke Malaysia, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Kumpulan yang turut terdiri daripada lima kanak-kanak  itu ditemui di pulau Koh Dong dalam wilayah Satun, selatan Thai pada Sabtu lepas, kata pegawai kanan polis, Leftenan Jeneral (polis) Surachet Hakpan.

Polis berkata, semua mereka didakwa kerana memasuki Thailand secara haram dan berdepan kemungkinan diusir ke Myanmar.

“Kami menyediakan bantuan kemanusiaan dan akan menyiasat sama ada mereka adalah mangsa pemerdagangan manusia atau masuk ke negara ini secara haram.

“Kumpulan itu dalam keadaan kebuluran dan berkemungkinan tidak makan sehingga  lima hari,” kata polis.

Salah seorang orang hanyut itu memberitahu, bot mereka adalah antara tiga buah bot   membawa seramai 178 orang yang telah meninggalkan Myanmar dan Bangladesh. Setiap daripada mereka membayar ejen sekitar RM5,000 untuk perjalanan itu

Dua bot pertama yang membawa 119 orang telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia, demikian menurut kenyataan polis Thailand.

Kru bot ketiga mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan itu di Pulau Koh Dong dengan menipu bahawa mereka telah sampai ke Malaysia.

Insiden itu berlaku selepas mayat 14 etnik Rohingya termasuk kanak-kanak ditemui dihanyutkan ke  pantai pada bulan lepas selepas mereka cuba melarikan diri dari Myanmar.

Malaysia  yang memiliki penduduk majoriti beragama Islam adalah destinasi utama bagi pelarian Rohingya. Mereka melarikan diri daripada penganiayaan junta tentera di Myanmar atau kem pelarian di Bangladesh. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI