fbpx

Cuaca buruk di 4 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat serta ribut petir bersama angin kencang bakal melanda empat buah negeri sehingga pukul 5 petang hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, ramalan cuaca buruk itu melibatkan Bentong dan Bera, Pahang serta tiga daerah di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Jempol dan Tampin.

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir turut dilaporkan berlaku di keseluruhan negeri Melaka.

“Bagi negeri Johor pula, ia melibatkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI