fbpx

Remaja maut, rakan cedera nahas dua motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang mangsa terbaring selepas nahas melibatkan dua buah motosikal di Kampung Banggol Che Wan, Jalan Meranti dekat Pasir Mas semalam. -Foto IHSAN POLIS

PASIR MAS – Seorang remaja maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh sebuah motosikal di Kampung Banggol Che Wan, Jalan Meranti di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Muhamad Izzul Irfan Razali, 13, yang membonceng motosikal jenis SYM maut di lokasi kejadian dan penunggang motosikal tersebut, Abdul Mu’min Rosdi, 13, cedera pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal mendapati, motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Meranti menghala ke Pohon Tanjung di sini.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda yang dinaiki dua lelaki berusia 20 dan 18 tahun dipercayai dari arah sama cuba memotong motosikal mangsa.

“Insiden itu menyebabkan motosikal yang ditunggang Abdul Mu’min bersama Muhamad Izzul Irfan dan hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang motosikal dinaiki dua lelaki berkenaan.

“Muhamad Izzul Irfan Razali disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya cedera pada bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha Lagenda itu hanya mengalami cedera ringan.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, mangsa dan rakannya tidak memakai topi keledar selain kedua-dua remaja itu tidak mempunyai lesen memandu.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI