fbpx

Nahas kereta api tergelincir di Jerman ragut 4 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penyelamat berada di lokasi kejadian nahas sebuah kereta api tergelincir berhampiran Burgrain dan Garmisch-Partenkirchen di selatan Jerman semalam. - AFP

BERLIN – Sekurang-kurangnya empat orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas sebuah kereta api yang membawa ramai pelajar sekolah tergelincir di Banjaran Alp, Jerman semalam, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kereta api itu dilaporkan sedang menuju ke arah utara dari Banjaran Alp ke Munich sekitar pukul 12.15 tengah hari (waktu tempatan) apabila beberapa gerabak tergelincir dari landasan dan terbalik di Burgrain, berhampiran bandar peranginan Garmisch-Partenkirchen.

Empat penumpang maut manakala 60 lagi cedera termasuk sekurang-kurangnya 16 mangsa cedera parah, kata polis.

“Ramai kanak-kanak sekolah dikatakan telah menaiki kereta api itu,” demikian menurut akhbar tempatan, Bild sambil menambah bahawa pelajar yang terlibat sedang dalam perjalanan untuk bercuti selepas tamat kelas semalam.

“Mangsa dalam kumpulan umur yang sama adalah antara yang cedera,” polis memberitahu laman berita tempatan, BR24 sambil menambah orang ramai ditarik keluar dari tingkap ketika diselamatkan.

Tidak dijelaskan dengan terperinci bilangan penumpang yang berada di dalam kereta api berkenaan ketika kejadian atau punca yang menyebabkan kemalangan kereta api itu berlaku. 

Enam helikopter penyelamat telah dihantar ke lokasi kejadian termasuk berpuluh-puluh ambulans, jentera bomba, kren dan kenderaan penyelamat.

Laluan antara Garmisch-Partenkirchen dan Oberau di utara lokasi kemalangan telah ditutup sementara operasi menyelamat dijalankan.

Operasi perkhidmatan kecemasan utama masih dijalankan dan landasan kereta api itu ketika ini masih ditutup sepenuhnya, kata polis. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI