fbpx

Kylian Mbappe nafi dakwaan keluarkan arahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG) mendakwa laporan yang mengatakan dia mahukan 14 pemain meninggalkan skuad gergasi Perancis itu pada musim ini termasuk ketua jurulatih, Mauricio Pochettino dan Neymar adalah palsu.

Akhbar Sepanyol, Mundo Deportivo sebelum ini melaporkan Mbappe, 23, mendapat lebih ba­nyak kuasa di belakang tabir selepas menandatangani kontrak lanjutan tiga tahun dengan PSG bernilai £650,000 (RM3.06 juta) seminggu.

Difahamkan, pemenang Piala Dunia itu mahukan rombakan besar-besaran dengan 14 nama menjadi sasarannya termasuk dan barisan kejurulatihan sebelum saingan baharu musim depan.

Biarpun berjaya membantu PSG kembali menjuarai Ligue 1, tetapi Pochettino masih gagal mengemudi Les Parisiens memenangi trofi yang dinanti-nanti iaitu Liga Juara-Juara.

Neymar pula dikatakan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Mbappe ketika ini yang menyaksikan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi terbuka sekiranya mahu melepaskan bintang sensasi Brazil itu.

Kelab terkaya dunia, New­castle United antara pasukan yang berkemampuan untuk membia­yai kos perpindahan Neymar, tetapi bekas bintang Barcelona dan Santos itu sama sekali tidak mempunyai keinginan untuk menyarung jersi The Magpies.

Gergasi-gergasi Eropah lain yang mempunyai kewangan kukuh seperti Real Madrid, Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Bayern Munich pula tidak berminat untuk mendapatkan khidmat Neymar.

Selain Pochettino dan Neymar, antara nama tonggak pen­ting PSG yang turut menjadi sasaran ialah Mauro Icardi, Julian Draxler, Ander Herrera, ­Idrissa Gueye, Leandro Paredes​ dan Thilo Kehrer.

Antara nama pemain yang kerap memanaskan bangku simpanan pula dan dijangka hampir pasti dijual PSG ialah Danilo Pereira, Layvin Kurzawa, Pablo Sarabia, Juan Bernat, Colin Dagba­ dan Sergio Rico. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI