fbpx

Rizky Febian, Mahalini belum nikah cuma Dharma Suaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahalini dan kekasih, Rizky akan bernikah di Jakarta Indonesia 8 Mei ini.

MENANGKIS dakwaan penyanyi Rizky Febian dan Mahalini Raharja sudah bernikah, upacara yang berlangsung di Bali pagi ini disahkan syarikat pengurusan sebagai adat meminang atau Dharma Suaka.

Wakil RFAS Music berkata, acara yang berlangsung di kediaman keluarga pemilik nama Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja itu adalah istiadat calon pengantin lelaki meminta izin menikahi wanita pilihan.

“Hari ini 5 Mei Rizky Febian dan Mahalini Raharja melaksanakan Dharma Suaka dan acara diteruskan dengan Mepamit yang bermakna mempelai perempuan meminta izin leluhur (saudara) untuk bernikah dan menjadi tanggungjawab calon pengantin lelaki dan keluarganya pada masa depan.

“Rangkaian upacara hari ini akan menjadi pembuka proses selanjutnya sebelum menuju hari pernikahan nanti,” katanya menerusi kenyataan dalam Instagram.

Berita pernikahan pasangan itu kini tular dalam media sosial apabila kedua-duanya diraikan dalam satu majlis mengikut adat masyarkat Bali.

Bagaimanapun, sebelum ini tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung gambar kedua-duanya dalam busana pengantin yang tersebar.

Hantaran awal yang menuai komen adalah sesi fotografi mengenakan kemeja putih berlatarkan layar biru yang selalunya digunakan untuk kad akuan pernikahan di Indonesia.

Isu perbezaan agama menjadi polemik selepas timbul isu penyatuan dua jiwa antara Mahalini yang beragama Hindu sementelah Rizky merupakan penganut Islam.

Biarpun RFAS Music tidak menyatakan tarikh pernikahan, sumber mendakwa mereka memilih bernikah di Jakarta pada 8 Mei ini.

Pasangan yang menjalin hubungan cinta selama setahun tiga bulan itu bertunang pada 7 Mei tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI