fbpx

Isu bekalan ayam bulat selesai dalam sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haslina (empat dari kanan) dan Dr. Noorlizan bersama penerima sijil Program Peningkatan Ruminan dan Program Peningkatan Tenusu juga Skim Rezeki Ternak.

SERDANG – Isu bekalan ayam bulat dijangka selesai dalam tempoh sebulan sekali gus akan mencukupi menjelang Aidiladha nanti sebagaimana analisis yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Noorlizan Mohd. Noor berkata, ia adalah komitmen daripada semua pihak termasuk industri, kementerian dan jabatan-jabatan yang berkaitan selain galakan oleh kerajaan.

Menurutnya, pihaknya sedia maklum terdapat kekurangan bekalan ayam bulat di pasaran tempatan atas pelbagai faktor termasuk jangkitan penyakit yang meningkat disebabkan program vaksin tidak mengikut rejim yang sepatutnya.

“Kemudian dikaitkan pula dengan isu kekurangan pekerja dan keadaan semasa. Selain itu, perubahan cuaca selain penternak sistem beban terbuka yang mana ayam berdepan dengan masalah ‘stress’ dan kadar tukaran makanan (FCR) tidak cekap.

“Itu dikatakan lambat pertumbuhan ayam yang sepatutnya 35 hari hingga 42 hari, ayam ini sudah boleh jual dengan berat mencapai 1.8 hingga 2 kilogram (kg),” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Veterinar Sedunia Peringkat kebangsaan Tahun 2022 di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid.

Beliau berkata, peningkatan kos makanan sehingga 30 peratus turut memberi kesan signifikan kepada kos pengeluaran ayam dan ia ditambah lagi dengan kekurangan pekerja, keadaan cuaca serta ancaman penyakit.

“Justeru pihak industri terpaksa mengurangkan sedikit populasi ayam ternakan sekali gus ia akan memberi kesan tiga minggu kemudian,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam memastikan sumber import yang meluas bagi bekalan ayam bulat, pihak DVS bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bergerak ke beberapa negara untuk menjalankan audit rumah dan loji penyembelihan sama ada yang sedia ada atau baharu.

“Sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan, kita akan dapat sumber meluas untuk membawa masuk ayam ke negara ini dengan harga kompetitif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI