fbpx

Ramai puji Aliff Syukri beri duit pada warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Aliff Syukri beri sejumlah wang kepada seorang warga emas.

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menarik perhatian orang ramai apabila mendermakan sejumlah wang kepada seorang warga emas.

Menerusi video berdurasi 35 saat yang dikongsi semula di Facebook Kepala Berputar memaparkan, Aliff Syukri memasukkan beberapa keping wang kertas ke dalam bekas makanan untuk diberikan kepada seorang warga emas yang sedang menjamu selera di kaki lima.

Warga emas itu kemudian dilihat gembira apabila mengetahui kandungan di dalam bekas makanan tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan usahawan tersebut dan mencadangkan agar kandungan seperti itu diperbanyakkan berbanding merakam video kontroversi.

“Macam ini kan bagus, saya sokong 100 peratus. Tapi kalau buat ‘content’ joget dengan sotong memang aku kecam,” kata Khaidir.

“Sebak tengok, bukan semua orang senang. Rezeki pak cik ini, Allah sebaik-baik perancang,” kata Rohani.

“Ramai dah buat ‘content’ begini. Bagus juga, daripada yang merepek macam lagu raya Datuk itu,” kata Nasir.

Bagaimanapun, ada juga pengguna media sosial yang mempertikaikan tindakan usahawan itu merakam dan memuat naik video yang mendedahkan wajah warga emas tersebut.

“Nak sedekah bagus tapi tolong kaburkan wajah penerima sebab dalam islam kita wajib jaga aib orang,” kata Komando.

“Bukan nak kecam, cuma kalau boleh elakkanlah rakam-rakam. Dah jadi trend pula,” kata Akim.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 63,000 kali dan mendapat lebih 100 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI