fbpx
Gambar hiasan

Kedai makan paling terkesan kekurangan pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rata-rata mereka yang pernah kehilangan pekerjaan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 tidak berminat untuk kembali bekerja dalam sektor berkenaan, sebaliknya memilih untuk terlibat dalam ekonomi gig.

Perkara itu diakui sendiri oleh Naib Presiden dan Pegawai Perhubungan Media Persatuan Pemilik Restoran dan Bistro (PPRB), Jeremy Lim yang berkata, sebahagian daripada kumpulan ini kini bekerja sendiri seperti berniaga atau terlibat sebagai pemandu e-hailing atau p-hailing.

“Keadaan ini yang menyebabkan kebanyakan sektor termasuk industri makanan dan minuman (F&B), peruncitan, perkilangan dan pembinaan sedang berdepan isu untuk mendapatkan pekerja.

“Kebanyakan bekas staf tidak mahu kembali sebab berasa tia­da sense of security (bekerja de­ngan majikan lama) kerana apabila kerajaan kata tutup perniagaan (akibat pandemik), tiada siapa melindungi mereka.

“Sekarang perniagaan sudah beroperasi semula, tetapi bekas pekerja tidak mahu kembali sebab bimbang masalah sama berulang,” katanya ketika dihu­bungi Kosmo! semalam.

JEREMY

Jeremy berkata, pihak majikan telah berusaha mempelawa bekas pekerja supaya kembali bekerja termasuk memaklumkan pasaran akan kembali stabil selepas negara memasuki fasa peralihan kepada endemik.

Bagaimanapun katanya, seba­hagian bekas pekerja sudah selesa berniaga sendiri, menjadi pemandu e-hailing atau bekerja sebagai penghantar makanan.

Beliau juga percaya, isu tersebut tidak timbul sekiranya kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang dilihat mampu melindungi pekerja yang terjejas.

Justeru, beliau berharap kerajaan mempercepatkan langkah ter­masuk membenarkan pelarian bekerja di Malaysia bagi menanga­ni isu kekurangan tenaga kerja.

“Kita tahu ramai pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), maka kita benarkanlah mereka ini bekerja,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN