fbpx

Hujan lebat, ribut petir di enam negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda enam buah negeri sehingga pukul 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah.

“Di Kedah daerah yang terlibat ialah di Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Manakala di Perak pula, cuaca sama diramalkan berlaku di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak,
Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim,” katanya di sini hari ini.

Menurut MetMalaysia, keadaan sama dijangka berlaku di Kelantan melibatkan Kuala Krai.

“Di Pahang pula, kawasan terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub. Sementara di Sarawak pula ialah Kuching dan Samarahan.

“Amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Sabah di Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Beluran),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI