fbpx

510 mangsa banjir di Gurun ditempatkan di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk membantu membersihkan gerai makan di Gurun yang dilanda banjir pada pagi tadi.

GURUN – Seramai 510 mangsa daripada 132 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini selepas rumah mereka dilanda banjir kilat, awal pagi ini.

Dua PPS tersebut ialah PPS Surau Kampung Sungai Bongkok dan PPS Masjid Pekan Gurun.

PPS Surau Kampung Sungai Bongkok menempatkan seramai 260 mangsa daripada 65 keluarga manakala PPS Masjid Pekan Gurun pula menempatkan seramai 250 mangsa daripada 67 keluarga.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten Azhar Ahmad berkata, kira-kira 200 buah rumah dari enam kampung dan satu taman perumahan terjejas akibat kejadian itu.

Katanya, kampung terlibat ialah Kampung Sungai Ibor, Kampung Belakang Mahkamah Gurun, Kampung Jelatang, Kampung Batu 5, Kampung Sungai Badak, Kampung Sungai Bongkok dan Taman Gurun Jaya.

“Jumlah rumah mangsa dari Kampung Sungai Ibor 50 buah, Kampung Belakang Mahkamah Gurun (lima), Kampung Jelatang (26), Kampung Batu 5 (14), Kampung Sungai Badak (10), Kampung Sungai Bongkok (65), Kampung Guar Nenas (29), Taman Gurun Jaya (1),” katanya.

Difahamkan setakat pukul 6 petang tadi, air sudah surut sepenuhnya di semua kawasan yang dinaiki air dan terdapat penduduk yang sudah pulang untuk membersihkan rumah masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI