fbpx

Saham Serba Dinamik melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Saham syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas, Serba Dinamik Holdings Bhd. melonjak sebanyak 15 peratus pada sebelah pagi.

Saham syarikat naik 1.5 sen kepada 11.5 sen, dengan sejumlah 53 juta saham diniagakan.

Serba Dinamik dalam satu kenyataan semalam berkata, Petronas telah memperbaharui lesen anak syarikatnya, Serba Dinamik Sdn. Bhd. untuk terus menawarkan bekalan dan perkhidmatan kepada syarikat minyak dan gas negara itu berserta kontraktornya.

Pembaharuan untuk tempoh setahun itu bermula pada 30 Mei 2022.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik, Datuk Mohd. Abdul Karim Abdullah berkata, pembaharuan berkenaan membolehkan syarikat menyelaraskan aspek kewangannya.

“Ia menandakan kepercayaan Petronas terhadap kami. Hal ini amat bermakna memandangkan isu perundangan yang kami hadapi.

“Kami boleh terus mengambil bahagian dalam pelbagai bidaan dan melaksanakan kontrak sedia ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI