fbpx

Sabah enggan selesa di kedudukan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SWEE mahu anak-anak buahnya terus konsisten sekiranya mahu terus kekal sekurang-kurangnya di kedudukan ketiga atau kelima teratas cara Liga Super.

PASUKAN Sabah FC enggan selesa dengan kedudukan di tangga kedua Liga Super ketika ini sambil menjangkakan perlawanan lebih sengit menanti sebaik sahaja saingan Liga Malaysia (Liga M) kembali bersambung.

Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui, masih terlalu awal untuk barisan pemain mendabik dada apatah lagi mereka bermula dengan kekalahan pada perlawanan pertama awal musim ini.

Kata Kim Swee, barisan pemain lebih fokus dan konsisten dengan kemenangan yang telah diraih sekiranya mereka ingin kekal memberi saingan memburu kedudukan teratas.

“Bagi saya, kita baru sahaja main beberapa perlawanan dan saya nampak banyak lagi yang perlu diperbaiki.

“Meskipun sekarang pasukan berada di tangga kedua, masih awal nak cakap sebab pasukan kena terus konsis­ten kalau mahu terus kekal sekurang-kurangnya di tempat ketiga atau kelima teratas.

“Sudah tentu saya tidak jangka untuk berada di kedudukan sekarang, tapi apa yang saya boleh cakap, kami berada di landasan betul terutamanya selepas pasukan kalah dalam perlawanan pertama.

“Tetapi pemain bangkit untuk aksi seterusnya, jadi kami memang tak akan ambil mudah dalam mana-mana perlawanan selepas ini termasuklah aksi Piala FA”, katanya.

Memandangkan aksi Liga Super sedang berehat bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan, Sabah dijangka melakukan beberapa aksi persahabatan di Semenanjung dalam masa terdekat.

“Kemungkinan kita akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di luar Sabah dengan kemungkinan tiga perlawanan.

“Setakat ini, pemain-pemain berada dalam keadaan baik, cuma Dirga Surdi baru selesai jalani pembedahan ACL, jadi dia tidak akan beraksi sampai habis musim,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI